TUGASAN PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN
TINGKATAN 1
BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH (21)
1.0 ARAHAN KEPADA CALON
- Tugasan Mini Pentaksiran Tingkatan 1 ini adalah wajib dilaksanakan oleh calon bagi memenuhi 20% daripada Purata Nilai Gred (PNG) Semester 1 2017.
- Penghasilan tugasan ini dalam tempoh cuti akhir tahun untuk disiapkan.
- Melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.
- Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (3.0) sebagai panduan untuk melakukan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang.
- Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
- Digalakkan menyertakan foto/gambar/rajah/grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian.
- Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta.
- Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).
- Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
- Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F.
- Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4). Bonus 2 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa.
2.0 TUGASAN
Baca petikan berikut
dengan teliti.
Negara Malaysia
adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang
kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara
kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita
seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk
bersama serta berbincang tanpa ada perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada
perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan
semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Dipetik
dan diubahsuai daripada :http://pmr.penerangan.gov.my
|
Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana
berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.
Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
Tugasan
anda hendaklah merangkumi aspek berikut :
- Tajuk rencana
- Nama penulis
- Isi kandungan :
- Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum
- Menghurai kepentingan perpaduan kaum
- Menghuraikan factor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
- Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
- Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
- Membuat rumusan
- Menyenaraikan sumber rujukan
TUGASAN TAMAT
3.0
KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN
SENARAI SEMAK TUGASAN
|
AKTIVITI/TINDAKAN
|
|
1.
Perancangan
(10 markah)
|
·
Jadual kerja /senarai semak
·
Objektif
kajian
·
Penetapan kaedah kajian
·
Menetapkan tajuk
·
Menyediakan kerangka kasar penulisan
·
Menyatakan sumber
|
·
Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik
serta mempamerkan
sikap
bersungguh-sungguh.
·
Menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat
menggambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan.
|
2.
Proses Awal
(20 markah)
|
·
Mengumpul maklumat
menggunakan kaedah
yang sesuai.
·
Memperoleh maklumat daripada
pelbagai sumber yang sesuai
ü
Punca
ü
Kesan
ü Langkah
|
·
Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan
kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
·
Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan dan asli.
|
3.
Penulisan
(70 markah)
|
·
Pengenalan (5 markah)
|
·
Menulis pengenalan dengan sangat sesuai dengan tugasan dan dapat
menggambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan.
|
·
Kepentingan perpaduan
( 15 markah)
ü Fakta
ü Huraian
ü Contoh
|
·
Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum dengan tepat dan sangat
lengkap.
·
Mengemukakan contoh yang sangat sesuai.
|
|
·
Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan
perpaduan kaum (15 markah)
ü Fakta
ü Huraian
ü Contoh
|
·
Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan
perpaduan kaum dengan tepat dan sangat lengkap.
·
Mengemukakan contoh yang sangat sesuai.
|
|
·
Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
(15 markah)
ü Fakta
ü Huraian
ü Contoh
|
·
Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum dengan
tepat dan sangat lengkap.
·
Mengemukakan contoh yang sangat sesuai
|
|
(d) Langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum
(10 markah)
ü Fakta
ü Huraian
ü Contoh
|
·
Menghuraikan
langkah yang praktikal dan relevan untuk mengekal dan memantapkan perpaduan
kaum dengan tepat dan sangat lengkap.
·
Mengemukakan
contoh yang sangat sesuai.
|
|
4.
Rumusan
(5 markah)
|
ü Pengetahuan
ü Iktibar
ü Harapan
|
·
Rumusan
merangkumi pengetahuan, iktibar dan harapan yang relevan.
|
5.
Rujukan
(5
markah)
|
(sekurang-kurangnya dari tiga sumber rujukan yang
pelbagai)
|
·
Sumber
rujukan autentik, relevan dan pelbagai.
|
Thanks!
ReplyDelete