Monday, 14 November 2016

CARA MENULIS RUJUKAN



Tugasan Mini PT3 Sejarah Tingkatan 2 2016


MINI PENTAKSIRAN
TINGKATAN 2 (PT3)





                                                                          



TUGASAN AKHIR TAHUN
TINGKATAN 2
 






























TUGASAN PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN







TINGKATAN 2

BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH (21)



1.0     ARAHAN KEPADA CALON

  1. Tugasan Mini Pentaksiran Tingkatan 2 ini adalah wajib dilaksanakan oleh calon bagi memenuhi 20% daripada Purata Nilai Gred (PNG) Semester 1 2017.
  2. Penghasilan tugasan ini dalam tempoh cuti akhir tahun untuk disiapkan.
  3. Melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.
  4. Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (3.0) sebagai panduan untuk melakukan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang.
  5. Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
  6. Digalakkan menyertakan foto/gambar/rajah/grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian.
  7. Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta.
  8. Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).
  9. Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
  10. Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F.
  11. Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4). Bonus 2 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa.



2.0 TUGASAN



Baca petikan berikut dengan teliti.



Petikan berikut berkaitan dengan ancaman yang menggugat keselamatan negara kita.

“…peristiwa hitam pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah menjadi satu pengajaran kepada kita bahawa Malaysia tidak terlepas daripada terdedah kepada ancaman musuh dari luar.”
(Antara intipati ucapan YAB Dato’Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56)

















Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.



Tugasan anda hendaklah merangkumi aspek berikut :



  1. Tajuk rencana
  2. Nama penulis
  3. Isi kandungan :

  1. Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu ancaman secara umum
  2. Menghurai isu berkaitan dengan keselamatan negara sejak sebelum merdeka sehingga kini
  3. Menghuraikan faktor ancaman terhadap negara masa kini
  4. Menghuraikan kesan ancaman terhadap negara
  5. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi ancaman terhadap keselamatan negara
  6. Membuat rumusan
  7. Menyenaraikan sumber rujukan







TUGASAN TAMAT





















    1. KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN


SENARAI SEMAK TUGASAN
AKTIVITI/TINDAKAN
1.

Perancangan

(10 markah)




·         Jadual kerja /senarai semak
·         Objektif  kajian
·         Penetapan kaedah kajian
·         Menetapkan tajuk
·         Menyediakan kerangka kasar penulisan
·         Menyatakan sumber

·         Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan
sikap bersungguh-sungguh.

·         Menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan.

2.

Proses Awal
(20 markah)
·         Mengumpul maklumat
            menggunakan kaedah
            yang sesuai.

·         Memperoleh maklumat daripada
            pelbagai sumber yang sesuai
ü  Punca
ü  Kesan
ü  Langkah
·         Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.

·         Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan dan asli.

3.

Penulisan
(70 markah)
·         Pengenalan (5 markah)

·         Menulis pengenalan dengan sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan.

·         Isu berkaitan ancaman terhadap keselamatan negara sejak sebelum merdeka sehingga kini.
( 15 markah)
ü  Fakta
ü  Huraian
ü  Contoh
·         Menghuraikan isu berkaitan dengan ancaman terhadap keselamatan negara sebelum merdeka sehingga kini dengan tepat dan sangat lengkap.

·         Mengemukakan contoh yang sangat sesuai.

·         Faktor ancaman terhadap keselamatan negara
(15 markah)
ü  Fakta
ü  Huraian
ü  Contoh
·         Menghuraikan  faktor ancaman terhadap keselamatan negara dengan tepat dan sangat lengkap.

·         Mengemukakan contoh yang sangat sesuai.

·         Kesan ancaman keselamatan terhadap negara (15 markah)
ü  Fakta
ü  Huraian
ü  Contoh
·         Menghuraikan kesan ancaman terhadap keselamatan negara dengan tepat dan sangat lengkap.

·         Mengemukakan contoh yang sangat sesuai

(d) Langkah menghadapi/mengatasi ancaman
(10 markah)
ü  Fakta
ü  Huraian
ü  Contoh

·         Menghuraikan langkah yang praktikal dan relevan untuk mengatasi sesuatu ancaman dengan tepat dan sangat lengkap.

·         Mengemukakan contoh yang sangat sesuai.
4.
Rumusan
(5 markah)

ü  Pengetahuan
ü  Iktibar
ü  Harapan
·         Rumusan merangkumi pengetahuan, iktibar dan harapan yang relevan.
5.
Rujukan
(5 markah)

(sekurang-kurangnya dari tiga sumber rujukan yang pelbagai)
·         Sumber rujukan autentik, relevan dan pelbagai.